13 May 2012

Happy Mothers Day to Pn Zullina Binti Mohd Zaib

Hehehe... Hari tu wat video tuk babah je, xwat tuk umi plak... sorry umi, lmbt ckit ea.... Walaupun umi ngan babah mngkin xbace post nie, xpe mngkn satu ari nnti umi bace... Selamat Hari Ibu umi. Abg xmmpu nak bg pape, iallah thun depan siap dengan sume nya. Teringin nak belanja makan umi ngan babah kt tempat-tempat yang mewah. hehehe.... Ya ALLAH permudahkan la niat ku ini....


 Happy Mothers Day UMI

11 May 2012

Saya sayang Ayah saya...

Sume org ade ayah, tpi setiap ayah adalah berbeza. Begitu jgak ayah aku, walaupun dia diam, xksh tentang diri aku tpi aku tetap thu dye syg kami sekeluarga. Walaupun ayah aku bawa keluarga kami dengan kesederhanaan aku tetap bahagi. Dye pernah kokong aku, xleh g sane, xleh men tu men ni, waktu aku kecil. Bila aku besar aku sedar knp dye wat begitu. Alhmdllh aku tetap jdi manusia yang berguna kepada keluarga, masyarakat agama dan negara... aku syg ayah aku... kalian blh tonton video yg akan mengingatkan tentang ayah kalian. Selamat Menonton....

10 April 2012

Iklan Yang Menarik

Da lama xupdate blog nie. Mls rase nya nk update salu, tpi bile dpt bende yang menarik gagah kn jugak untuk aku post kn... Mule tengok iklan nie, xthu iklan pe. Nmpk cam video bese je... Cuba korang tengok....

 

Cam ne??? btul x??? last iklan pe?? iklan nie la... 

 

29 March 2012

Rolltop (Future Design Laptop)

Salam. Nie nak citer pasal teknologi laptop plak. Nak tgk laptop aku??? Cam nie la dye erk...


Tu la laptop aku, tu dari google image la. Kire nya same model.. Hehehehe... Tapi bukan laptop aku yg nak citer kn, tapi tajuk post nie adalah ROLLTOP. Rasenya korang pun xprnah dengar kn. Dalam bahasa Melayu nya, laptop yang boleh gulung-gulung. Caya x??? Xcaye tgk video nie...


Kalo korng tengok nie, mesti percaya nya... Dorang tengah develop bende nie agy. Belum ade kat market. Benda ini aku caya bakal ade di pasaran sbb dye ade Official Website dorang. Beza kn ngan laptop aku. Kalo leh gulung-gulung cam nie, xyah la aku nak pikul bwak g kelas... So sape yg berkenan boleh la wat tempahan ea....

19 March 2012

BESTA MD-221

Ingat x ari tu, aku ade post pasal Voucher Buku 1 Malaysia. Nak tengok Voucher tu pergi mane??? Nie dye.. Dengan berbekal kan Voucher RM 200 aku beli BESTA MD-221. Thanks PM, aku menggunakan voucher pada tempat yang betul. Hehehehe

  Pronunciation: English Word, Multi Language Dialogue, Chinese Vocabularies, pronunciation in Multi Language Dialogue.
  Screen Resolution: 240 x 96
  LCD Screen: 3 inch x 1.2 inch
  Gadget Color: White
  Screen Color: Black White
  Hand Writing: No
  Size: 10cm x 7cm x 1.5cm
  Weight: 120g
  Internal Memory: 876MB
  Card Slot: No
  Battery: 3Ax2 Alkaline Battery
  USB Connection: No
  Accessory: User Manual, 3Ax2 Alkaline Battery.


BESTA MD-221



18 March 2012

XDS ZERO 39

Lama xupdate blog nie.... Tengok budak-budak sains sukan kt UiTM Arau, Perlis nie bawak basikal ke hulu ke hilir nie, jadi minat plak aku. Kebanyakan dorang pakai Raleigh. Tapi smalam g kdai basikal kat Kangar, cina tu rekemen kn XDS ZERO 39.
Hijau/Hitam

Merah/Putih


Hitam/Hijau
Spec:
-Frame and components: Alloy
-Fork: SR Suntour XCT with Lockout
-Brake: Tektro Draco Hydraulic Disc
-Groupset: Shimano components 24 speed.
-Crank: Shimano crank
-Wheelset: XDS Alloy doublewall with 26' tyres.




Ntah la, nak angkat income xde skarang. Member cakap kat Danok, Thailand basikal jual murah. Kalo nak tunggu da kerja, mmg x pegi la danok. Jaoh kowt dari KL. Kene pikir dua tiga kali gak.. Price dye RM 1+++

17 January 2012

Lelaki Korea Jatuh Hati Dengan Gadis Melayu

Sape bilang gadis melayu xmenawan??? hehe... Xsangke orang korea pun minat ngan gadis Melayu. Orang lelaki kat sane cepat2 cari calon sebelum orang luar kebas. hahaha....


Fitri Ishak da dapat gadis Melayu da... Hehehehe....

16 January 2012

Manchester United


Sape minat Man U??? Angkt tangan. hehehe... Kenapa Man U??? Sbbnya Man U nie legend. Banyak pemain legend kat Man U tau... Antara nya...

Eric Cantona

David Beckham

Banyak agy sebenarnya. Korang google la sendiri erk. Nak tengok game Man U yang paling gempak x??? Bayern Munich vs Man U The Final UEFA Champion League 1998/1999....


Cam ne??? Betul x Man U nie gempak??? Caye da pun... hehehe

14 January 2012

Nora Elena

Fitri Ishak minat tengok citer "Nora Elena", korang da tengok belum??? Citer ini mengisahkan penderitaan seorang gadis. Ade part yang sedih, kelakar, romantik la paling best skali.




Senarai name pelakon "Nora Elena"


Siti Saleha (Nora Elena)
Aaron Aziz (Seth Tan)
Zul Ariffin (Eid)
Wan Sharmila (Yvon)
Miera Liyana (Miera Tan, adik Seth Tan)
Erry Putra (Inspektor Amir, kawan Seth Tan)
Fateen (Adila, kawan baik Nora Elena)
Shah Iskandar (Malik, kawan baik Eid)

Nie ade trailer "Nora Elena", jangan lupe tengok tau. Serius best.....



Kepercayaan Dalam Perhubungan

Hubungan tidak akan lari dalam kehidupan manusia, xkira la hubungan antara manusia dengan tuhan, sesama manusia atau manusia dan di sekeliling nya. Bagaimana kita menjaga hubungan tersebut. Dalam post kali ini, Fitri Ishak lebih menceritakan hubungan manusia sesama manusia.

Sifat kepercayaan dalam perhubungan antara manusia perlu ada dalam diri, tidak kira la perhubungan antara keluarga, sahabat, kekasih dan sebagainya. Tidak baik berburuk sangka kepada orang lain. Sifat kepercayaan ini adalah sangat penting bagi mengekalkan perjalanan hubungan tersebut. Sekiranya kita berburuk sangka dalam perhubungan tersebut, maka akan bertambah buruklah sesuatu perhubungan itu. 

Semua orang pernah berbohong, tapi kadang-kadang perbohongan tersebut bukanlah berniat untuk merosakkan hubungan tersebut, tapi hanya bersifat gurau senda semata. Dan janganlah jadi kan itu sebagai punca untuk hilangnya kepercayaan dalam perhubungan yang telah terjalin lama. 

Hehehe.... So cam ne, korang setuju x??? Tujuan post kali ini adalah kerana Fitri Ishak minat tengak citer Nora Elena. Hehehe.... Korang da tengok belum????

Sehari Dalam Kehidupan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kenal Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat??? Nama penuh beliau Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat merupakan menteri besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am PAS.


 Beliau adalah salah seorang nya pemimpin yang bersederhana dalam kehidupan dye. Fitri Ishak suka akan kesederhanaan beliau. Beliau adalah pimimpin yang patut dicontohi oleh pemimpin yang kita ade di Malaysia sekarang. Ini adalah video yang memperlihat kehidupan seharian beliau.

Bahagian 1

Bahagian 2

Bahagian 3


Bahagian 4

Post kali nie buka bererti Fitri Ishak ahli pas dan juga anti-kerajaan. Fitri Ishak cuma mengkagumi sifat yang dimiliki Tuan Guru. Dan Fitri Ishak berharap, pimimpin yang ada pada hari ini dapat mencontohi beliau...

Sumber : Wikipedia

13 January 2012

Dragonball

Korang pernah tengok dragon ball x???? Dulu citer nie men kt tv2 kul 9 sampai la 9.30 pagi. Punya la banyak episode citer nie kalah tentang dhia. hehehehe... X caye ke??? dari la Fitri Ishak form 1 sampai la form 4 xslap, baru abs. 4 thun nak abes kan sume episode. Tape skarang teknologi kan canggih, jadi download la. Da abs da pun download sume episode dari Dragonball, Dragonball Z n Dragonball GT...


Sape yang nk link download Dragonball klik kat sini, kalo Dragonball Z klik kat sini, Dragonball GT klik kat sini... Sekrang sume da boleh tengok Dragonaball... yeeeee....

12 January 2012

Voucher Buku 1 Malaysia

Korang da dapat belum voucer buku 1 Malaysia??? Hehehehe... Tapi ini hanya untuk orang yang bergelar student sahaja. Yang xthu, voucher ini adalah perhargaan kerajaan kepada student2 yang study kt IPT shaja. Fitri Ishak da dapat da... hehehe Cube tengok... Nak tahu lebih lanjut pasal voucher nie, klik kat sini... 


Voucher nie bernilai RM 200, RM 50 per kupon... Jadi boleh la g amik erk... 




Kepada student UiTM Perlis yang belum amik voucher nie, boleh la berbuat demikian....



10 January 2012

Abang vs Adik

Pernah tengok x adik beradik bergaduh or kamu pernah bergaduh ngan adik2 kamu???? Agak2 sape erk yg menang???? Adik ke Abang?? tu kne tengok sampai abs la... tapi yang penting sakit, xsmsti nya sakit badan, hati jugak sakit... hahahaha....

TAPI... bukan nie yang nak citer kan dalam entri kali ini... tapi pergaduhan antara MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY.... 23 October 2011, abang kalah 6-1... pastu gaduh balik pada 8 January 2012 plak abang menang blik...

23 October 2011

8 January 2012



YANG PENTING...  hehehehe

09 January 2012

Turun bendera Najib: Adam digantung tiga semester

9 januari 2012, macam2 telah terjadi dalam mase 2 hari... Antaranya kes Adam Adli.

Dari Malaysia Kini :

Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim digantung pengajian selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Penggantungan pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta.

Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan menggantikannya dengan kain rentang propelajar.

Beliau kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.


"Saya tak kisah gantung, gantunglah saya. Kita akan terus lawan di mahkamah luar… Kita akan umumkan bila kita fail (permohonan)," katanya.

Katanya, beliau tidak akan merayu terhadap keputusan itu walaupun diberi peluang.

"Saya diberi peluang untuk merayu, tapi buat apa saya nak merayu pada orang sebegini," katanya lagi.

Dalam prosiding itu, anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, beliau dimaklumkan dalam sesi itu bahawa akibat perbuatannya menurunkan bendera Najib, "satu Malaysia berbalah".

Beliau juga  menyifatkan keputusan terhadapnya tidak menghormati kebebasan akademik dan sangat bias kerana melibatkan juri yang terdiri daripada "orang Umno".

Panel lapan juri untuk prosiding itu antaranya Prof Datuk Dr Zainal Kling.

"Saya tak faham macam mana orang ini boleh bergelar professor.Jadi selepas berbalah, saya pun malas cakap banyak, saya tahu inilah mahkamah AUKU yang saya tidak pernah mengiktirafnya, (dan) saya digantung selama 3 semester," katanya.


Ada orang bagi nasihat kt ko....





Thanks to Encek Rizaira

Akhir nya, cantik sude blog aku nie.... hehehe thanks to Encek Rizaira yang bersusah payah membantu saya. Ingat Cik Una je ke dye boleh tolong. Saya pun dye tolong jgak la hehehe....

Budi Bahasa Budaya Kita

Search video kat youtube terjumpa satu video yang menarik. Jadi ingin berkongsi video tu... video nie bukan nya best sgt pun, tapi yang interesting about this video tentang amalan berbuat baik yang ditunjukkan. Betul ke negara barat ada mengamalkan nya. Negara kita nie macam2 kempen wat tuk bersopan santun, ea la kan negara timur... hahaha... Sila la menjamu video nie... hahaha... kalo da kenyang bagi tahu ea....


last but not least... hehehe... pesanan penaja... BUDI BAHASA BUDAYA KITA....


06 January 2012

AUKU vs SSM

Suka bila melihat mahasiswa aktif bukan sahaja aktif dengan akademik tetapi aktif dengan berorganisasi serta menyertai segala aktiviti-aktiviti universiti. Kehidupan universiti bukan hanya untuk belajar secara formal sahaja, Universiti adalah tempat belajar segala ilmu kehidupan, sosial dan sebagainya. Ibubapa tidak lagi menjaga segalanya tentang kita, ia bergantung 100% kepada diri siswa-siswi. Ape yang diperjuangkan oleh SSM adalah baik sekiranya mereka memperjuangkan kebebasan akademik seperti video di bawah nie....


Tetapi betul ke mereka memperjuangkan ini??? Hanya Allah swt sahaja yang tahu. Saya tidak boleh merpejelaskan kerana takut timbul fitnah. Sekiranya ini yang mereka perjuangkan, saya sangat sokong. Kerana student di beri kuasa penuh untuk membuat apa sahaja kebaikan untuk universiti dan organisasi mereka di dalam kampus. Tetapi sekiranya mereka hanya sebagai kuda tunggangan, ia akan menjadi kepentingan peribadi orang tertentu.
Sekiranya mereka betul-betul untuk memperjuangkan kebebasan akademik, adakah cara mereka ini betul seperti video dibawah ini. Bro MATLAMAT TAK HALAL KAN CARA. Ada jalan yang lebih baik lagi. Kite berjuang biarlah kemenagan disebabkan kite KUAT, jangan disebabkan KELEMAHAN musuh kita. Kite ikhtiar cari jalan lain untuk memperjuangkan kebebasan akademik..


Dalam komen perjuangan SSM ini ada yang mengatakan "student lebih baik focus belajar sahaja, membazir duit mak bapak yang membayar yuran korang". Ade pulak yang membalas "Ingat student ini hanya pergi ke kelas, balik umah, tido, pergi kelas". Kadang-kadang tergelak jugak komen dorang ini. Dua-dua pun tak betul. Memang betul tujuan masuk universiti bukan sekadar pergi ke kuliah, mereka bertanggungjawab untuk menyertai organisasi atau aktiviti dalam kampus, bukan aktiviti seperti ini. Sekiranya mereka tidak ambil peluang dalam universiti, rugilah mereka.

Sekiranya yang membaca post kali ini adalah mahasiswa, harap mereka boleh berfikir dengan rasionalnya. Apa tujuan saya untuk menulis entry kali nie...

05 January 2012

Mahathir & AUKU

Kecoh dengan demonstrasi di UPSI mengenai permansuhan AUKU. Ini ulasan dari Tun M, orang yang bertanggungjawab mengenai AUKU. 





1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.

2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.

3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.

4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.

5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.

6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.

7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.

8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.

9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.

10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.

11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.

12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU.


***Credit to Anak Muda Sayangkan Melayu

Econometric (QMT 533) - Project

Econometric adalah satu kaedah untuk forecasting. Untuk pembaca ataupun student yang tengah wat project tu bolehlah ambil project nie sebagai rujukan bukan untuk plagiarism. Terutamanya studet CS228 UiTM Perlis. Pensyarah En Azlan Abd Aziz. Project nie generate by SPSS. Group Project Muhammad Fitri Ishak, Muhammad Fikri Ishak, Amir Nazirul Mubin Esa, Muhammad Firdaus Shaban and Mohammad Farezz Izuan Ismail.

Project - QMT 533

Jadual Exam Jan 2012

 Final Exam CT
1) 7/1/2012 STA 500 2.15PM-5.15PM
2)10/1/2012 ITS 472 2.15PM-5.15PM
3)12/1/2012 STA 550 9.00AM-12.00PM
5)19/1/2012 MAT 523 9.00AM-12.00PM


Final Exam Fitry
1)4/1/2012 MAT 571 9.00AM-12.00PM
2)7/1/12012 QMT 463 9.00AM-12.00PM
3)12/1/2012 MAT 570 9.00AM-12.00PM
3) 20/1/2012 QMT 533 2.15PM-5.15PM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...