Tetapi betul ke mereka memperjuangkan ini??? Hanya Allah swt sahaja yang tahu. Saya tidak boleh merpejelaskan kerana takut timbul fitnah. Sekiranya ini yang mereka perjuangkan, saya sangat sokong. Kerana student di beri kuasa penuh untuk membuat apa sahaja kebaikan untuk universiti dan organisasi mereka di dalam kampus. Tetapi sekiranya mereka hanya sebagai kuda tunggangan, ia akan menjadi kepentingan peribadi orang tertentu.
Sekiranya mereka betul-betul untuk memperjuangkan kebebasan akademik, adakah cara mereka ini betul seperti video dibawah ini. Bro MATLAMAT TAK HALAL KAN CARA. Ada jalan yang lebih baik lagi. Kite berjuang biarlah kemenagan disebabkan kite KUAT, jangan disebabkan KELEMAHAN musuh kita. Kite ikhtiar cari jalan lain untuk memperjuangkan kebebasan akademik..
Dalam komen perjuangan SSM ini ada yang mengatakan "student lebih baik focus belajar sahaja, membazir duit mak bapak yang membayar yuran korang". Ade pulak yang membalas "Ingat student ini hanya pergi ke kelas, balik umah, tido, pergi kelas". Kadang-kadang tergelak jugak komen dorang ini. Dua-dua pun tak betul. Memang betul tujuan masuk universiti bukan sekadar pergi ke kuliah, mereka bertanggungjawab untuk menyertai organisasi atau aktiviti dalam kampus, bukan aktiviti seperti ini. Sekiranya mereka tidak ambil peluang dalam universiti, rugilah mereka.
Sekiranya yang membaca post kali ini adalah mahasiswa, harap mereka boleh berfikir dengan rasionalnya. Apa tujuan saya untuk menulis entry kali nie...
2 comments:
terbaek la..
hahaha.... bese la...
Post a Comment